Skip to main content
Berita

Perjumpaan KSU MOSTI Bersama KP Pendidikan Malaysia

18 Februari 2025, Putrajaya –  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam memperkasakan budaya Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) di Malaysia melalui kerjasama strategik yang lebih mantap dan berimpak tinggi.

Pada 18 Februari 2025, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Azman bin Adnan, bagi membincangkan inisiatif serta hala tuju bersama dalam memperkukuh ekosistem Pembudayaan STI, khususnya dalam sektor pendidikan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Puan Ruziah binti Shafei; Pengarah Pusat Sains Negara, Encik Mohammad Fuad Bin Rahman; Pengarah Planetarium Negara, Encik Mohd Zamri Shah Bin Mastor; serta pegawai-pegawai kanan dari MOSTI dan KPM.
Perbincangan ini menekankan kepentingan memperluaskan program-program pembudayaan STI seperti Minggu Sains Negara, Malaysia Techlympics, STEM Camp, serta Program STI 100³, yang bertujuan meningkatkan minat serta kesedaran terhadap STI dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa, dan masyarakat.
Melalui kolaborasi erat antara MOSTI dan KPM, diharapkan inisiatif ini dapat melahirkan generasi yang lebih celik sains serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan.
Skip to content