Skip to main content
Berita

Sesi Perkongsian Ilmu kepada warga MOSTI

21 Februari 2025, Putrajaya – Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menyampaikan Sesi Perkongsian Ilmu kepada warga MOSTI bertajuk “ The Power of Networking ”.

Pada perkongsian ini, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. KSU telah menekankan faedah dan manfaat membina jaringan dalam kehidupan bagi memudahkan cara kerja dan urusan seharian. Dengan bantuan jaringan yang dibina, dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih efektif, dapat memudahkan pengumpulan fakta dan maklumat serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam sesuatu perkara.
Secara keseluruhannya, jaringan adalah amat penting dalam membangunkan profesionalisme diri dan kerjaya seseorang. Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian semua warga MOSTI.
Turut hadir dalam sesi perkongsian ilmu ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam.
Skip to content