Skip to main content
Berita

KSU MOSTI Telah Menerima Kunjungan Hormat Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Kumpulan Inovasi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB)

25 Februari 2025, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Kumpulan Inovasi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Fajaratunur A Sani mewakili Pegawai Kesihatan Daerah PKDJB.
MOSTI berbesar hati menerima kehadiran semua delegasi PKDJB bagi bertukar pandangan dan sama-sama menjayakan agenda dua Kementerian yang saling berhubung antara satu sama lain iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pertemuan ini antara lainnya membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama yang boleh di jalinkan dalam usaha untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti terutamanya dalam sektor kesihatan awam. Pada masa yang sama, semua pihak berkongsi pandangan dan mendapatkan panduan serta nasihat strategik untuk meningkatkan keberkesanan inovasi dalam sektor kesihatan selain mengeratkan hubungan kerjasama dan dua hala antara MOSTI dengan agensi di daerah.
Skip to content