17 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi di Menara Prisma, Putrajaya.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Ts. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI dan Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI.