Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI Ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak

28 April 2025, Perak – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak).
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan projek pembangunan yang telah dan sedang dijalankan di KIMIA Perak. YB Menteri bersama delegasi turut dibawa melawat ke beberapa makmal yang berkenaan.
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak MOSTI untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak pengurusan KIMIA Perak berkenaan cabaran dan masalah berkaitan yang dihadapi serta perancangan masa depan bagi meningkatkan lagi prestasi jabatan ini.
Skip to content