Skip to main content
Berita

Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

28 April 2025, Perak – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Mesyuarat MEXCO-STI Bilangan 1 Tahun 2025 diadakan buat julung kalinya di luar Lembah Klang dan Perak merupakan negeri pertama yang menjadi tuan rumah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dengan STI.
MEXCO-STI diadakan bagi membincang, berkongsi idea dan pandangan mengenai hala tuju serta perkembangan sains, teknologi dan inovasi (STI), melalui kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan yang lain.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bahawa MOSTI amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang sentiasa bersama dalam usaha menjayakan agenda STI negara dengan berpegang kepada prinsip MADANI sebagai panduan dan fokus MOSTI yang berteraskan P.R.E.C.I.SE iaitu ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ช๐˜ค, ๐˜™&๐˜‹, ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ, ๐˜Š๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ค๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜๐˜ฏ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ต-๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ด ๐˜Œ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ด๐˜บ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ.
Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan sebanyak dua (2) Kertas Pertimbangan dan empat 4 (Kertas Makluman) berkaitan projek, program dan cadangan jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan secara kerjasama di antara pihak MOSTI dan kerajaan negeri dalam memperkasakan agenda STI negara.
Skip to content