Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Nasional Siri 4 Bil 1/2025

29 April 2025, Putrajaya -YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 4 Bil. 1 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan dihadiri oleh semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan penyelarasan yang berkesan dalam usaha memperkukuh integriti serta meningkatkan kecekapan tadbir urus negara. Ia turut menyediakan ruang untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan tadbir urus, menilai pelaksanaan dasar-dasar utama negara, serta mengukuhkan komitmen semua agensi dan jabatan terhadap prinsip-prinsip tatakelola yang baik.

Skip to content