Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat daripada Pengarah Belanjawan Negara

07 Mei 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Belanjawan Negara, YBhg. Dato’ Indera Ab Rahim bin Ab Rahman.

Kunjungan hormat ini antara lainnya bertujuan untuk membincangkan mengenai pembangunan menyeluruh MRANTI Park dan pelaksanaan program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI).
Pertemuan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan dan YBrs. Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI.
Skip to content