Skip to main content
Berita

Malaysia Perkukuh Kerjasama Inovasi dan Promosi Teknologi Tempatan di Peringkat Antarabangsa

12 Mei 2025, Jepun – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Minggu MOSTI sempena penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka, sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk mempamerkan keupayaan teknologi dan inovasi tempatan kepada dunia serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antarabangsa, khususnya bersama Jepun.

Ekspo 2025 Osaka bertemakan โ€œ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜š๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ต๐˜บ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜–๐˜ถ๐˜ณ ๐˜“๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ๐˜ดโ€ manakala tema Pavilion Malaysia adalah โ€œMenjalin Masa Depan Dalam Harmoniโ€ atau โ€œ๐˜ž๐˜ฆ๐˜ข๐˜ท๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข ๐˜๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜บโ€. Penyertaan Malaysia menampilkan kepelbagaian budaya, kekayaan alam semula jadi serta kebolehan negara dalam membina masa depan melalui teknologi dan inovasi, selain komitmen terhadap pembangunan mampan.
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan pelancarannya berkata, penyertaan di Ekspo ini adalah kesinambungan kejayaan Ekspo 2020 Dubai, yang telah berjaya menjana lebih RM70 bilion potensi pelaburan dan perdagangan. Pendekatan yang sama digunakan dan ditambah baik untuk memberi impak yang lebih besar dalam Ekspo 2025 Osaka.
MOSTI mengetengahkan pelbagai teknologi dan produk berasaskan R&D, termasuk bidang bioekonomi, hidrogen, nanoteknologi dan inovasi sosial. Produk atau teknologi yang dipamerkan termasuk GenSense, Model Stesen Isian Semula Hidrogen Mudahalih, Model Reaktor Hidrogen Pepejal HyPER, Mi-GraphPrInk, peranti kaki prostetik mekanikal, dan Bee Modular Box (BMB) iaitu solusi teknologi ternakan lebah yang lestari.
Skip to content