Skip to main content
Berita

Lawatan Turun Padang ke Projek Sistem Pintar Penternakan Ketam (SeppeK) dan Vertical Boxes Crab Breeders System (V-Crabs)

19 Mei 2025, Kedah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Projek Sistem Pintar Penternakan Ketam (SeppeK) dan Vertical Boxes Crab Breeders System (V-Crabs). Projek ini di bawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan menggunakan pembiayaan di bawah program Mainstream Grassroots Innovations (MAGRIS).

Dua (2) produk inovasi telah dihasilkan melalui projek ini iaitu Sistem Pintar Penternakan Ketam (Seppek) dan Vertical Boxes Crab Breeders System (V-CRABS).
SeppeK merupakan alat penternakan pintar ketam yang menggunakan teknologi Industri 4.0 dalam sektor aquakultur. SeppeK berfungsi menggunakan laman sesawang dan aplikasi android untuk kawalan, pemantauan dan penyimpanan data tuaian manakala V-CRABS membantu penternak ketam menghasilkan ketam lembut secara susunan menegak bagi menjimatkan ruang dan meningkatkan hasil tuaian.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI.
Skip to content