20 Mei 2025, Kedah – Sempena LIMA 25, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluangkan masa singgah di Pavilion MIGHT yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI dan berpeluang melihat ke maju an terkini dalam teknologi satelit strategik dan avionik. Pameran ini turut disertai beberapa rakan strategik MIGHT, antaranya Uzma Berhad, G7 Aerospace, Cyberview, dan anak syarikat MIGHT, VentureTech,UMW, Masic dan AMIC yang komited terhadap inovasi teknologi dan keupayaan kendiri.
MIGHT bekerjasama dengan institusi pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) bagi mengukuhkan aliran bakat dalam sektor angkasa dan aeroangkasa, dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan tenaga kerja mahir yang bersedia memenuhi keperluan masa depan.
Hadir sama YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama (Industri) MIGHT; YBhg. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Ts Rushdi Abdul RAHIM, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT.