Skip to main content
Berita

Dialogue Partners Session

19 Jun 2025, Indonesia – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman Hassan telah menyertai ๐˜‹๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ: ๐˜›๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ด ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜ฏ โ€˜๐˜ˆ๐˜š๐˜Œ๐˜ˆ๐˜•โ€™ ๐˜™๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜š๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜‹๐˜ช๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜บ sebagai salah seorang panelis. Sepanjang sesi tersebut, beliau telah berkongsi dan menyumbangkan pandangan beliau mengenai diplomasi sains, khususnya dalam mempromosikan kepentingan bersama ASEAN melalui usaha kerjasama dalam bidang ini.

Profesor Mohamad Osman, Timbalan Pengarah International Institute of Science Diplomacy and Sustainability (IISDS), Universiti UCSI merupakan moderator bagi program dialog ini. Program dialog ini telah dianjurkan secara bersama oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Indonesiaโ€™s National Research and Innovation Agency (BRIN); International Institute of Science Diplomacy and Sustainability (IISDS); serta Sekretariat ASEAN.
Program ini telah menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama serantau melalui diplomasi sains. Ia telah diadakan bersempena dengan 21st ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation (AMMSTI-21), 87th ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-87) and Related Meetings yang sedang berlangsung di Jakarta, Indonesia, dari 16 hingga 20 Jun 2025.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa dan Puan Siti Salmiah binti Haji Dimyati, Timbalan Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D. Dialog tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai hasil yang membina.
Skip to content