Skip to main content
Berita

Penyerahan Sudut STEM Bersempena Program Rehlah Sains 2025

30 Jun 2025, Pulau Pinang – Majlis Penyerahan Sudut STEM telah diadakan bersempena Program Rehlah Sains 2025 bertempat di Sekolah Menengah Islam dan Tahfiz Sains dan Teknologi, Kepala Batas, Pulau Pinang (SMITSAT) sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunan Pusat Sains Negara (PSN) dalam memberi pendedahan Sains, Teknologi, Inovasi dan Quran (STIQ) terhadap pelajar sekolah agama dan tahfiz, Program Rehlah Sains 2025 diteruskan tahun ini ke Wilayah Utara iaitu di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak melibatkan 15 buah sekolah agama/ tahfiz. Salah satu pengisian utama program ini adalah set pameran interaktif berbentuk Sudut STEM.

Pameran interaktif ini merangkumi 6 jenis bahan pameran bertemakan ‘Mind Teaser’. Bahan-bahan ini terdiri daripada aktiviti dan permainan berasaskan logik serta pemikiran kritis seperti topology, packing puzzle, K puzzle, magic dice, illusion dan triangle puzzle. Set bahan pameran ini direkakan khas bertujuan untuk merangsang minat pelajar terhadap sains, teknologi, kejuruteraan serta matematik melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar minda.
Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara; YBrs. Tuan Mohd Arif Bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP); YBrs. Prof Madya Ir. Dr Zakaria Bin Hussain, Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Sains dan Teknologi dan YBrs. Encik Amarul Faizal bin Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Menengah Islam Tahfiz Sains dan Teknologi Kepala Batas, Pulau Pinang.
Semoga usaha ini memberi manfaat dan membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama pendidikan STEM pada masa akan datang.
Skip to content