18 Jun 2025, Selangor – Unit Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan sesi libat urus dan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) pada 18 Jun 2025.
Sesi ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti MOSTI, dan dipengerusikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani Binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA, yang turut dihadiri bersama oleh YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); YBrs. ChM Tuan Haji Muhammad Yazid Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), serta pegawai dari UI dan KIMIA.
Sesi ini merupakan platform perbincangan strategik antara pihak KIMIA dan UI MOSTI berkaitan isu-isu penambahbaikan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan tadbir urus dan integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Dalam sesi ini, telah dibentangkan struktur dan peranan UI KIMIA dalam pelaksanaan fungsi teras untuk memperkukuhkan tadbir urus dan integriti di KIMIA. Selain daripada itu, turut dikongsikan tanggungjawab dan amanah KIMIA dalam penyampaian perkhidmatan analisis forensik kepada agensi penguatkuasaan, pemeriksaan keselamatan makanan dan barangan pengguna, serta pengesanan pencemaran dan perlindungan alam sekitar.