05 Julai 2025, Johor – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah merasmikan Penyerahan Projek MyIS Komuniti: Penternakan Ikan Kelah dan Ikan Air Tawar berasaskan πΌππ‘πππππ‘ ππ πβππππ (IoT) bertempat di Dewan Serbaguna Felda Linggiu, Kota Tinggi, Johor.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBhg. Prof. Dr. Rosli bin Md IIIias, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM); YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Pahlimen Tenggara; YB Tuan Haji Hahasrin bin Hassim, ADUN Panti; YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia; pasukan projek, pegawai-pegawai UTM serta wakil komuniti setempat yang terlibat dalam projek tersebut.
Majlis diserikan dengan penyerahan buku projek oleh YBhg. Datuk Seri KSU kepada wakil penduduk Felda Linggiu dan Felda Bukit Ramun, serta pelepasan ikan ke dalam kolam sebagai simbolik permulaan projek. Para tetamu juga telah dibawa ke tapak projek penternakan ikan kelah dan ikan air tawar bagi memberi gambaran lebih dekat tentang pelaksanaan dan potensi impak projek kepada komuniti setempat.
Melalui projek tersebut, tiga kolam ternakan moden yang dilengkapi dengan sistem π
ππππππ’πππ‘πππ π΄ππ’πππ’ππ‘π’ππ ππ¦π π‘ππ (RAS) serta pemantauan pintar berasaskan IoT telah berjaya dibangunkan. Sistem ini membolehkan maklumat kualiti air diperoleh secara terus dan memberi amaran automatik sekiranya berlaku perubahan yang boleh menjejaskan ternakan.
MOSTI komited untuk terus menyokong dan memperkukuh pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi yang berpaksikan kepada inovasi sosial berimpak tinggi. Fokus utama adalah memastikan segala dasar dan pelaksanaan program dapat memberikan manfaat secara langsung dan berkesan kepada kumpulan sasar.