12 Julai 2025, Sabah – Para pengamal media Sabah diraikan dalam Sesi Kupi Kupi Bah Kita yang merupakan sesi interaksi dan sembang santai YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama media Sabah, pada tahun ini berlangsung di Kota Kinabalu.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof berkongsi usaha yang sedang dibawa oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam memperkasakan agenda sains, teknologi dan inovasi negara serta usaha untuk memupuk minat masyarakat terhadap STI melalui Program-Program pembudayaan seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics.
Bagi mengeratkan silaturrahim antara media, turut berlangsung kejohanan boling diantara media.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan media khususnya di Sabah atas sokongan berterusan terhadap MOSTI. Semoga kerjasama erat ini akan berterusan di masa hadapan.