23 Julai 2025, Putrajaya – Malaysia Industry Forward Association (MIFA) telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pihak MIFA telah berkongsi input daripada pemain industri teknologi yang bernaung di bawah persatuan ini. Pertemuan ringkas ini diharap dapat membuahkan impak besar dalam usaha berterusan mendokong misi dan visi MOSTI memperkasa agenda Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi.