Skip to main content
Berita

Perhimpunan MOSTI (Julai) 2025

25 Julai 2025, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Julai) 2025 bersama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI berlangsung pada hari ini di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya.

Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Dana MOSTI dan Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI bertemakan “Daripada Idea Ke Impak – Menggerakkan Ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi (RDICE)”
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam dalam ucapannya berkata ”MOSTI beriltizam untuk memastikan Malaysia bukan hanya sebagai pengguna teknologi, malah muncul sebagai pencipta dan pemimpin teknologi yang dihormati di peringkat serantau dan antarabangsa. Justeru, Kita tidak boleh terus bergantung semata-mata sebagai pengguna teknologi. Kita mesti melangkah ke hadapan sebagai negara yang membangun, memiliki dan menerajui penciptaan teknologi”. YBhg. Datuk Seri KSU turut menyeru seluruh warga MOSTI untuk memastikan setiap tindakan yang MOSTI laksanakan perlu memberi impak, kesan, nilai dan memenuhi ekspektasi rakyat.
MOSTI kini giat melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai pemegang taruh, melaksanakan program-program berimpak tinggi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik dan memperkasa R&D serta inovasi tempatan bagi menyokong hasrat Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
MOSTI turut melakar beberapa pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa dan tempatan, iaitu:
🌟 Empat anugerah antarabangsa di PHILIPPiNEXT: The 1st International Conference and Exposition on Innovations (ICE on I) di Filipina pada 14–17 Julai 2025.
🥇𝐺𝑜𝑙𝑑 𝑀𝑒𝑑𝑎𝑙 – 𝐸𝑥𝑐𝑒𝑙𝑙𝑒𝑛𝑐𝑒, 𝐸𝑟𝑜𝑣𝑜𝑢𝑡𝑖𝑘𝑎 𝐶ℎ𝑜𝑖𝑐𝑒 𝐴𝑤𝑎𝑟𝑑 𝑑𝑎𝑛 𝐺𝑟𝑎𝑛𝑑 𝑃𝑟𝑖𝑥
🥈𝑆𝑖𝑙𝑣𝑒𝑟 𝑀𝑒𝑑𝑎𝑙 – 𝐶𝑜𝑛𝑠𝑖𝑠𝑡𝑒𝑛𝑐𝑦 𝑎𝑛𝑑 𝐶𝑟𝑒𝑎𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦
🌟 Program National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) telah memenangi anugerah Malaysia Stakeholder Engagement of the Year – Science and Technology di Persidangan & Anugerah GovMedia 2025 pada 19 Jun 2025 di Singapura.
🌟 Dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) melalui penglibatan serentak 8,804 saintis dan 8,804 sekolah di seluruh negara iaitu:
✅𝐿𝑎𝑟𝑔𝑒𝑠𝑡 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑡𝑖𝑠𝑡 𝑃𝑎𝑟𝑡𝑖𝑐𝑖𝑝𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑖𝑛 𝑎 𝑆𝑖𝑚𝑢𝑙𝑡𝑎𝑛𝑒𝑜𝑢𝑠 ‘𝑆𝑇𝐸𝑀’ 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚: 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑡𝑖𝑠𝑡𝑠@𝑆𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙𝑠: 𝐽𝑜𝑚 𝑆𝑇𝐼!; 𝑑𝑎𝑛
✅𝐿𝑎𝑟𝑔𝑒𝑠𝑡 𝑆𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙 𝑃𝑎𝑟𝑡𝑖𝑐𝑖𝑝𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑖𝑛 𝑎 𝑆𝑖𝑚𝑢𝑙𝑡𝑎𝑛𝑒𝑜𝑢𝑠 ‘𝑆𝑇𝐸𝑀’ 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚: 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑡𝑖𝑠𝑡𝑠@𝑆𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙𝑠: 𝐽𝑜𝑚 𝑆𝑇𝐼!.
Pada perhimpunan kali ini juga turut disampaikan Anugerah Pekerja Terbaik MOSTI bagi Sukuan Pertama Tahun 2025 yang merupakan satu inisiatif baru Pengurusan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang memberi komitmen, produktiviti serta kualiti kerja cemerlang.
Skip to content