Skip to main content
Berita

Larian MAPPA XX 2025

02 Ogos 2025, Putrajaya – Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam menjamin kesejahteraan dan tahap kesihatan masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) telah menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) 2025. Pelepasan larian kemuncak MAPPA XX di Dataran Sukan Presint 3, Putrajaya hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Larian MAPPA XX ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan barisan pegawai tertinggi kerajaan. Seramai lebih 20,000 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan orang awam menyertai program Larian MAPPA XX 2025.
Penganjuran Larian MAPPA XX 2025 menjadi medium berkesan, yang menggabungkan elemen kesihatan dan kerjasama antara warga perkhidmatan awam dan masyarakat. Melalui penyertaan pelbagai lapisan rakyat bersama pemimpin dan pegawai awam, program ini mampu menyemai semangat muhibah, perpaduan serta budaya kerja berpasukan yang sihat dan dinamik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah kesejahteraan menyeluruh.
Skip to content