04 Ogos 2025, Kelantan – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Program STI 100³ yang merupakan antara program satelit sempena #ProgramMadaniRakyat 2025 Kelantan.




Pelajar menjalankan aktiviti rawatan air menggunakan teknik ozon, karbon teraktif dan bahan penggumpal seperti alum. Projek ini memberi pendedahan kepada proses penyingkiran kekotoran dalam air serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan air bersih untuk kesihatan dan kelestarian alam sekitar.