Skip to main content
Berita

Program STEM Camp

04 Ogos 2025 – 05 Ogos 2025, Kelantan – Program STEM Camp MOSTI 2025 telah berlangsung pada 4 & 5 Ogos 2025 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Krai, Kelantan selaras program satelit sempena Program Madani Rakyat Negeri Kelantan.

Seramai 100 orang murid dari MRSM Kuala Krai, Maahad Rahmaniah Kuala Krai, SM Agama (Arab) Falahiah Kuala Krai dan SM Agama Syukuriah Kuala Krai terlibat sepanjang program ini.
Pengisian program merangkumi lima (5) komponen utama iaitu:
1️⃣ Modul 1: Tarsia
2️⃣ Modul 2: Catapult War
3️⃣ Modul 3: Solar Robo
4️⃣ Modul 4: Pameran Interaktif Pusat Sains Negara (PSN)
5️⃣ Modul 5: Pameran Interaktif Fakulti Pengajian Kejuruteraan UiTM Cawangan Dungun
Program STEM Camp MOSTI pada kali ini dikelolakan oleh Muafakat MRSM Kuala Krai.
Skip to content