Skip to main content
Berita

Program Madani Camp STEMSation

05 Ogos 2025, Kelantan – Program MADANI Camp STEMSATION telah dianjurkan di UMK Kampus Bachok, sebagai salah satu program satelit bersempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan.

Menerusi program ini, seramai 122 orang murid dari SK Telaga Ara telah berpeluang untuk menerokai dunia Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara interaktif, kreatif dan menyeronokkan.
🔍 Tiga komponen utama program:
1️⃣ Dunia Pengaturcaraan Kreatif: Scratch & Microbit
2️⃣ Meneroka Dunia Elektronik: Arduino untuk Pemula
3️⃣ Inovasi Kejuruteraan: Arduino & Rekabentuk Peranti
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Telaga Ara, dengan sokongan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai usaha memperkasa pendidikan STEM kepada generasi muda luar bandar.
💡 Inisiatif ini juga adalah sejajar dengan hasrat MOSTI untuk merakyatkan sains, mengarusperdanakan inovasi dan membentuk generasi celik teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content