Skip to main content
Berita

STEM Explorasi: Menyelami Inovasi dan Teknologi Bersama Komuniti

06 Ogos 2025, Kelantan – Hari kedua Program STEM EXPLORASI: Menyelami Inovasi dan Teknologi Bersama Komuniti, berlangsung dengan penuh semangat di RDC@UTC Kota Bharu, Kelantan, melibatkan penyertaan 40 orang murid dari SMK Zainab 2 dan SMK Ismail Petra.

Program ini digerakkan oleh Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan, dengan sokongan strategik daripada pelbagai rakan kolaboratif antaranya PPD Kota Bharu, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UiTM Cawangan Machang, UniKL Melaka, Persatuan Kemajuan STEM & Inovasi, serta Muhamba Tinta. Seramai 40 orang murid telah menyertai program hari ini.
Lima komponen utama program:
✨ Modul 1: Capcut Video Editing
✨ Modul 2: 3D Printing Explorations (Thinkercard apps)
✨ Modul 3: Bio-Engineering (Perfume & extraction)
✨ Modul 4: Soap Making
✨ Modul 5: Booth Interaktif STEM (Pameran Inovasi)
💡 Inisiatif ini sejajar dengan hasrat MOSTI untuk merakyatkan sains, mengarusperdanakan inovasi dan membentuk generasi celik teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content