06 Ogos 2025, Kelantan – Bengkel ROBOCAMP telah berjaya dianjurkan pada 6 Ogos 2025 di Sekolah Kebangsaan Kampong Chap sebagai salah satu program satelit bersempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan.
Seramai 100 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Kampong Chap telah menyertai program ini yang memberi peluang kepada peserta untuk menerokai dunia sains, teknologi dan inovasi secara aktif dan menyeronokkan. Dengan sokongan padu daripada rakan strategik UiTM Machang, para peserta didedahkan kepada teknologi semasa melalui:

Murid belajar asas teknologi dan latihan reka bentuk menggunakan pen 3D secara kreatif.

Pengenalan kepada asas pengaturcaraan dan aplikasi robotik melalui pembinaan robot pengesan garisan.
