07 Ogos 2025, Kelantan – Hari Ketiga Program STEM EXPLORASI: Menyelami Inovasi dan Teknologi Bersama Komuniti, berlangsung dengan jayanya di RDC@UTC Kota Bharu, Kelantan, melibatkan penyertaan 40 orang murid dari SMK Puteri dan SMK Kota Bharu.
Program ini digerakkan oleh Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan, dengan sokongan strategik daripada pelbagai rakan kolaboratif antaranya PPD Kota Bharu, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UiTM Cawangan Machang, UniKL Melaka, Persatuan Kemajuan STEM & Inovasi, serta Muhamba Tinta. Seramai 40 orang murid telah menyertai program pada hari ini.
Lima komponen utama program:





Program turut diserikan dengan kunjungan khas daripada Yang Berhormat Dr. Hafidzah Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; serta pegawai-pegawai kanan MOSTI dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Kota Bharu.
