08 Ogos 2025, Kelantan – Dari pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah bersiaran secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia bagi memberikan gambaran sebenar dari tapak #ProgramMADANIrakyat (PMR) 2025 Kelantan.
#PMR2025kelantan menawarkan pelbagai perkhidmatan 𝘵𝘰𝘶𝘤𝘩𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 secara langsung kepada rakyat termasuk perkhidmatan sosial, kesihatan, kebajikan, pendidikan, peluang kerjaya, serta bantuan sokongan ekonomi. Ia turut menampilkan penyertaan pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.
Dengan tema ‘Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) untuk Kesejahteraan Rakyat’ menerusi pelbagai pengisian seperti pameran teknologi, program belia, STEM, inovasi komuniti, dan peluang kerjaya berasaskan sains, MOSTI memberi ruang kepada rakyat, khususnya belia dan usahawan tempatan untuk meneroka, mencipta dan merealisasikan potensi mereka tanpa perlu berhijrah keluar. Pendekatan ini bukan sahaja memperkasa rakyat dengan ilmu dan inovasi, tetapi juga menyumbang kepada kemakmuran bersama berlandaskan nilai-nilai MADANI.”
Berbaki dua (2) hari lagi, MOSTI mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke PMR 2025. Pakat mari belako deh.