Skip to main content
Berita

Teknologi Nuklear Perkasa Komuniti: Santuni Rakyat Kelantan Demi Aspirasi MADANI

08 Ogos 2025, Kelantan – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) terus memperkukuh usaha memperkenalkan dan menyampaikan teknologi nuklear kepada masyarakat menerusi Program Satelit Teknologi Nuklear Santuni Kasih Rakyat sempena Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan yang berlangsung di Jeti Kasih Kampung Pasir Pekan Tengah, Tumpat.

Kampung Pasir Pekan Tengah dipilih kerana pelaksanaan projek pembangunan jeti terapung biokomposit di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jeti terapung ini merupakan hasil inovasi penyelidik Nuklear Malaysia yang menggunakan bahan biokomposit mesra alam serta modul apungan khas dan berfungsi sebagai hub penyaluran bantuan ketika banjir, laluan operasi untuk pasukan penyelamat, tarikan pelancongan yang berlatar belakang Sungai Kelantan.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Hadir sama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Dalam masa yang sama, program ini turut mengetengahkan projek pertanian berasaskan teknologi nuklear khususnya projek penanaman padi di bawah Projek Dana Penyelidikan Strategik (SRF) salah satu inisiatif pembiayaan di bawah Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di beberapa kawasan di Kelantan seperti Melor dan Pasir Mas yang berkeluasan 5 hektar. Sebanyak 10 titisan padi termaju telah berjaya dihasilkan melalui projek SRF bertajuk “𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘦𝘳𝘤𝘪𝘢𝘭𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘊𝘭𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦-𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘵 𝘙𝘪𝘤𝘦 𝘝𝘢𝘳𝘪𝘦𝘵𝘪𝘦𝘴 𝘵𝘰 𝘐𝘯𝘤𝘳𝘦𝘢𝘴𝘦 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘠𝘪𝘦𝘭𝘥 𝘗𝘳𝘰𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯”.
Skip to content