Skip to main content
Berita

Program Kesedaran Awam dan Demostrasi Teknologi Dron Pertanian

08 Ogos 2025, Kelantan – MOSTI melalui MRANTI sentiasa komited untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Industri 4.0. Dua bidang utama yang diberi penekanan khusus ialah teknologi dron dan robotik kerana kedua-duanya mempunyai potensi besar untuk merubah landskap ekonomi setempat serta membantu meningkatkan taraf pendapatan rakyat, khususnya dalam sektor pertanian, logistik dan pembangunan kemahiran belia.

Sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan, satu sesi demontrasi teknologi dron pertanian yang diselaraskan oleh MRANTI telah diadakan di QM Cottage, Kampung Belukar, Pasir Mas, Kelantan yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Dalam ucapan ringkasnya, YB Timbalan Menteri berkata “Melalui program seperti Kursus Latihan dan Pensijilan Juruterbang Dron (Remote Pilot Certificate – RPC), anak-anak muda tempatan dilatih untuk menjadi juruterbang dron bertauliah. Program ini bukan sahaja membekalkan mereka dengan kemahiran bernilai tinggi, malah turut membuka peluang pekerjaan baharu sebagai penyedia perkhidmatan dron dalam pelbagai sektor strategik seperti pertanian, pembinaan dan logistik”.
Sebuah syarikat dron tempatan, Sanyeong Agricultural Solutions Sdn. Bhd. yang berpusat di Kedah, kini telah mengembangkan operasinya ke Pasir Mas dan memainkan peranan penting dalam memodenkan sektor penanaman padi di seluruh negeri ini. Pihak Sanyeong turut mengadakan sesi perkongsian dan demontrasi berkaitan dron pertanian.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, MOSTI.
Skip to content