Skip to main content
Berita

Malaysia Techlympics 2025 Zon Pantai timur Perkukuh Minat STI dalam Kalangan Generasi Muda

12 Ogos 2025, Terengganu – Seramai 2,700 peserta daripada 138 buah sekolah dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Pantai Timur yang berlangsung pada 11 dan 12 Ogos 2025 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penganjuran program Malaysia Techlympics memberi penekanan kepada kesiapsiagaan negara bagi menghadapi kerancakan industri 4.0 menerusi peningkatan penggunaan teknologi terkini seperti Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, kecerdasan buatan serta pelbagai lagi perkembangan teknologi digital.
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menyatakan bahawa Techlympics berperanan penting dalam membentuk budaya STI yang holistik menerusi pendekatan experiential learning, aktiviti berasaskan amali serta pertandingan interaktif yang merentasi pelbagai latar belakang dan peringkat umur.
Matlamat utama Malaysia Techlympics adalah untuk membentuk budaya STI yang holistik melalui kaedah experiential learning, aktiviti berasaskan amali (hands-on), serta pertandingan yang bersifat interaktif dan inklusif merentasi pelbagai peringkat umur, jantina dan latar belakang.
Buat julung kalinya, bersempena dengan Malaysia Techlympics Zon Pantai Timur, Encik Sabri bin Yunus, seorang pelakon, pengacara dan pelawak terkenal tanah air dan isteri beliau, juga seorang pelakon iaitu Puan Angeline Tan telah menampilkan keluarga terbaharu Malaysia Techlympics iaitu “Robot Humanoid” dalam usaha mempromosi dan memartabat Malaysia Techlympics ke peringkat yang lebih tinggi. Kedua-dua Robot Humanoid bersama-sama Robot Kancil akan meneruskan kegemilangan Malaysia Techlympics di zon-zon lain seperti di Zon Sabah, Zon Sarawak dan pada Malaysia Techlympics peringkat akhir Kebangsaan.
MOSTI turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu serta rakan-rakan strategik dari pelbagai agensi dan industri. Pelaksanaan program Malaysia Techlympics secara tidak langsung memperkukuhkan jaringan kerjasama semua pihak dalam menjayakan agenda negara berteraskan STI.
Skip to content