Skip to main content
Berita

Filipina Mengambil Alih Kepengerusian ASEANTOM, Meneruskan Legasi Malaysia

14 Ogos 2025, Johor – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hadir menyempurnakan majlis penutupan Mesyuarat Mesyuarat Tahunan Rangkaian Badan Kawal Selia Tenaga Atom ASEAN (ASEANTOM) Ke-12 di Johor Bahru, Johor.

ASEANTOM 2025 dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai Pengerusi ASEANTOM, bersempena dengan Kepengerusian Malaysia di ASEAN bagi tahun 2025. Dalam majlis penutupan mesyuarat ini Malaysia secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi Mesyuarat ASEANTOM kepada Negara Filipina, sebagai tanda berakhirnya sidang kemuncak Mesyuarat ASEANTOM 2025.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal turut menyaksikan Penyerahan Kepengerusian Mesyuarat ASEANTOM antara Atom Malaysia dan wakil negara Filipina. Dalam ucapan penutupan, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal telah menyampaikan penghargaan kepada para delegasi atas kerjasama dan sokongan mereka sepanjang Malaysia menjadi Pengerusi Mesyuarat ASEANTOM.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor dan agensi persekutuan yang telah menunjukkan dedikasi, profesionalisme dan semangat kebersamaan yang selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI—khususnya dalam aspek ihsan, amanah dan kesejahteraan. Malaysia telah dan sentiasa bekerjasama rapat dengan negara anggota ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama serantau bagi memastikan penggunaan teknologi nuklear yang selamat, terjamin dan terkawal di rantau ini.
Skip to content