Skip to main content
Berita

Program NextGen Tech @ MOSTI Bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

22 Ogos 2025, Sabah – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program NextGen Tech @ MOSTI bersama para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sabah bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program ini menghimpunkan lebih 200 pelajar dari pelbagai institusi termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Kota Kinabalu, Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, University College Sabah Foundation (UCSF), Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sabah yang lain.
Program ini bertujuan memberi inspirasi melalui sesi TechSpark bersama tokoh-tokoh industri, menggalakkan daya cipta dan inovasi melalui pertandingan CodeRush, serta mewujudkan jaringan yang kukuh antara pelajar, agensi dan pemain industri.
Antara pengisian utama ialah sesi khas bersama YB Dato Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri MOSTI, yang berkongsi pandangan beliau mengenai peranan belia dalam memacu kemajuan STI negara.
Selain itu, The Next Big Leap yang menampilkan panel profesional YBhg. Datuk Ramzah Dambul, 𝘊𝘌𝘖 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵𝘦 𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘰𝘧 𝘚𝘵𝘶𝘥𝘪𝘦𝘴, YBrs Dr. Firdausi Suffian 𝘊𝘌𝘖 𝘐𝘯𝘷𝘦𝘴𝘵 Sabah, YBrs. Tuan Azizul Julirin, 𝘊𝘌𝘖 Kundasang, YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Habib Musa bin Muhamad, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dengan membincangkan kerjaya masa depan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Turut berlangsung ialah sesi bual bicara industri bertajuk 𝘗𝘳𝘦𝘤𝘪𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘈𝘨𝘳𝘪𝘤𝘶𝘭𝘵𝘶𝘳𝘦 in Sabah yang menampilkan wakil dari BioEconomy Corporation, SEDIA dan MIGHT, membincangkan pelan pembangunan ekonomi Sabah, peluang pekerjaan masa hadapan dalam pertanian berteknologi tinggi, serta kejayaan aplikasi teknologi dalam sektor agro-bio.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Encik Zawawi Bin Datuk Tiyunin, Ketua Pustakawan mewakili Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan YBrs. Encik Abdullah Bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI.
Skip to content