Skip to main content
Berita

Integrity Fun Walk 2025 – Integriti Dalam Setiap Langkah

24 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YBrs. Tuan PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti MOSTI, berbesar hati bersama-sama YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, serta YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dalam program Integrity Fun Walk 2025 anjuran Institut Integriti Malaysia di ibu negara.

Seramai 2,000 pejuang integriti daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai program ini. Kehadiran yang amat memberangsangkan ini membuktikan bahawa integriti adalah nilai bersama yang menuntut penyertaan menyeluruh tanpa pengecualian – bukan sekadar usaha individu sebaliknya memerlukan komitmen kolektif semua pihak.
Skip to content