Skip to main content
Berita

Bacaan Kali Kedua dan Ketiga bagi Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

25 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah membentangkan Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat bagi Bacaan Kedua dan Ketiga pada hari ini.

Pindaan Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memperkukuh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] dengan memperluaskan skop kawal selia kepada aspek keselamatan, sekuriti dan kawal guna, menyeragamkan kuasa perlesenan di bawah Atom Malaysia serta menubuhkan Kumpulan Wang Sisa Radioaktif untuk pengurusan lebih bertanggungjawab.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom juga akan dijenamakan semula sebagai Majlis Penasihat Tenaga Atom yang berperanan memberi nasihat dasar dan strategik kepada Kerajaan.
Dengan 70 fasal baharu dan penukaran nama kepada Akta Tenaga Atom, pindaan ini akan memastikan kawal selia negara lebih moden, menyeluruh dan selari dengan piawaian antarabangsa demi melindungi rakyat, alam sekitar serta kepentingan negara.
Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta bahagian dan jabatan yang terlibat.
MOSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam usaha ini.
Skip to content