17 September 2025, Pulau Pinang- YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), di Halaman Bukit Gambir Pulau Pinang.
Dalam lawatan kerja tersebut, YBhg. Datuk Seri KSU dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan, kepakaran, penyelidikan, kemudahan, perkhidmatan STI yang ditawarkan oleh NIBM termasuk Fasiliti dan makmal penyelidikan di IPharm yang berkapasiti menyokong pembangunan produk farmaseutikal, herba dan perubatan tradisional sehingga tahap pendaftaran produk. Selesai taklimat , delegasi lawatan telah dibawa melawat ke Fasiliti Penyelidikan Haiwan (ARF).
Lawatan kerja ini turut diiringi oleh YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) NIBM, YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, YBrs. Ts. Dr. Radin Zulhazmi bin Rahin Abdul Halim, Timbalan Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T (TSA) MOSTI, YBrs. En Lim Kien Ping, Ketua Kluster Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia, pegawai-pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan warga kerja NIBM.