Skip to main content
Berita

Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2025

20 September 2025, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dianugerahkan sebagai Ikon Pembudayaan Hidup Aktif Kementerian dan dinobatkan sebagai Johan Kategori S bagi Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian 2025 yang berlangsung dari 13 hingga 27 Mei 2025.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan kepada YBrs Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI yang mewakili Kementerian sempena Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2025 di AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur. Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Acara dimulakan dengan Flag-Off Mall Walking, diikuti penyerahan kit Health Promoting Mall, penyampaian anugerah penyertaan tertinggi, serta pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records. Program turut menyaksikan pelancaran inisiatif Healthy Living Mall sebagai usaha memperkasakan budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menggunakan pendekatan whole-of-nation melalui penglibatan sektor komersial dan agensi kerajaan bagi mempromosikan gaya hidup sihat.
MOSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja atas sumbangan dan komitmen sehingga melakar kejayaan ini. Ayuh kita kekalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif demi kesejahteraan bersama!
Skip to content