Skip to main content
Berita

Majlis Pelancaran 10th International Conference Solid State Science and Technology (ICSSST) 2025

26 Semptember 2025, Pahang – Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan persidangan 10TH ICSSST 2025 yang diadakan di Copthorne Hotel, Pahang.

Persidangan saintifik ini merupakan penganjuran bersama Universiti Putra Malaysia, Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) serta Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
10TH ICSSST 2025 yang berlangsung selama dua (2) hari pada 26 hingga 27 September 2025 dengan tema “Unlocking New Horizons in Materials Innovation and Nanotechnology” merupakan usaha bersama Kementerian dan akademia universiti dalam mengukuhkan lagi ekosistem nanoteknologi di Malaysia.
Persidangan ini memberi peluang kepada para penyelidik, pakar akademik, pelajar dan pihak industri untuk berkumpul serta membentangkan hasil kajian, penemuan, idea dan aplikasi terkini dalam bidang nanoteknologi khususnya, selaras dengan hasrat Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan ilmu, inovasi dan kerjasama strategik bagi melahirkan masyarakat berdaya saing, berakhlak serta mampan.
Skip to content