Skip to main content
Berita

The Malaysia Board of Technologists (MBOT Meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke -10

30 September 2025, Kuala Lumpur – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) meraikan ulang tahun ke-10 pada acara MBOT Expert Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE) 2025 hari ini di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.
Bertemakan “10 Years of Uplifting Tech-Talents,” majlis ini menyaksikan pencapaian MBOT dalam mengiktiraf secara profesional golongan teknologis dan juruteknik Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2015 di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merasmikan majlis tersebut dengan menekankan perkembangan MBOT yang kini mempunyai lebih 105,000 profesional bertauliah.
Turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Teknologis Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Presiden Lembaga Teknologis Malaysia, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia.
Majlis turut menyaksikan pelancaran “Badges of Progress: A Lens on Technology and Technical Talents in Malaysia,” iaitu kajian oleh MBOT dan Khazanah Research Institute (KRI) mengenai impak sosio-ekonomi pengiktirafan profesional.
Sempena ulang tahunnya, MBOT telah menyampaikan beberapa anugerah:
• Anugerah Teknologis Negara 2025: Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail
• Anugerah Juruteknik Negara 2025: Tc. Azizol bin Adam
• MBOT Woman Leadership Award: Prof. Ts. Dr. Leong Wai Yie
• MBOT Inspiring Technician Award 2025: Tc. Khairull Anuar bin Ismail
ENTICE 2025 menjadi platform untuk pembuat dasar, pemimpin industri, teknologis, dan pendidik membincangkan strategi masa depan dalam pembangunan bakat serta inovasi.
Skip to content