Skip to main content
Berita

Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam, Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) Tahun 2025

30 September 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah dianugerahkan Penarafan “Platinum” bagi prestasi Pengurusan Aduan Awam Tahun 2025 sempena Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM). Majlis berlangsung di Dewan Damar, Kompleks F, Putrajaya.

Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara kepada YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) mewakili YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
YBhg. Tan Sri KSN dalam ucapannya menekankan bahawa pengurusan aduan yang baik perlu diberikan penekanan dan memastikan setiap aduan yang diterima dapat ditangani dengan baik oleh kementerian-kementerian.
Kejayaan ini adalah hasil komitmen padu, dedikasi dan usaha berterusan Unit Komunikasi Korporat bersama Pegawai Penyelaras Aduan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah MOSTI.
Tahniah kepada seluruh warga MOSTI!
Skip to content