03 Oktober 2025, Selangor – Penganjuran Kejohanan Sepak Penalti Piala Ketua Setiausaha MOSTI 2025 oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat MOSTI (Kelab KEMSAINS) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Agensi Nuklear Malaysia telah dilaksanakan dengan sokongan serta sumbangan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Chang Lih Kang di atas sokongan dan sumbangan kepada Kelab KEMSAINS bagi melaksanakan kejohanan tersebut bersama warga MOSTI.
Kejohanan berlangsung di Padang Agensi Nuklear Malaysia, Cawangan Jalan Dengkil telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismarul Nizam bin Haji Ismail yang mewakili YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI. Turut hadir, YBrs. Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa, MOSTI.
Penganjuran program ini dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan selari dengan prinsip Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan.
Sebanyak 23 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang terdiri daripada 7 pasukan wanita dan 16 pasukan lelaki. Pertandingan telah berlangsung dan keputusan telah diperolehi. Senarai Pemenang Kejohanan 2025 adalah seperti berikut :-

Johan : Ye Encik (BPTM)
Naib Johan : Finance A (Kewangan)
Ketiga : Real Admin (Pentadbiran)

Johan : Power Queens (Pentadbiran)
Naib Johan : Trinity Sister (Antarabangsa)
Ketiga : Sepak Server Down (BPTM)
TAHNIAH!!! Anda memang hebat!
Jangan lupa nantikan acara kemuncak Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan diadakan pada 10 Oktober 2025.