Skip to main content
Berita

Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

28 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan semangat perpaduan, kesabaran dan kepimpinan yang mantap. Ini antara ucapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan ASEAN bukan sekadar diukur melalui pemeteraian dokumen tetapi melalui disiplin untuk bertindak dengan sabar, membangun mengikut rentak sendiri dan kekal tenang dalam ketidaktentuan. Perdana Menteri juga turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan Filipina sebagai Pengerusi ASEAN yang baharu, yang bakal meneruskan kepimpinan dengan penuh ketelusan, kewibawaan dan keramahan.
Atas kejayaan ini, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan keramahan mereka sepanjang tempoh kepengerusian.
Antara pencapaian utama Malaysia sepanjang kepengerusian ialah kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN serta pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand.
Turut hadir, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI serta para delegasi yang terlibat.
Skip to content