Skip to main content
Berita

Program Explorasi Digital Fit: Sihat Bersama Teknologi

29 Oktober 2025, Putrajaya – Tn. Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyempurnakan program Eksplorasi Digital Fit: Sihat Bersama Teknologi yang berlangsung di Jejak Sisiran 1, Putrajaya.

Program ini menghimpunkan seramai 28 orang peserta, 22 orang urus setia serta seorang tetamu jemputan khas.
Penganjuran ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025) yang menekankan kepentingan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi dalam kalangan warga kerja.
Melalui pengisian yang dirancang seperti kuiz interaktif bertemakan kesihatan digital dan aktiviti cabaran berpasukan, program ini bukan sahaja menguji ketangkasan minda dan kecergasan fizikal, malah memperkukuh semangat kerja berpasukan serta hubungan sesama rakan sekerja dalam suasana yang ceria dan sihat.
Program ini turut menampilkan pendekatan unik yang menggabungkan elemen digital dan teknologi sebagai sebahagian daripada aktiviti kecergasan, sejajar dengan komitmen MOSTI untuk membudayakan teknologi dalam setiap aspek kehidupan seharian.
Skip to content