30 Oktober 2025, Perak – Seramai 12 orang sukarelawan daripada Ibu Pejabat MOSTI, Jabatan Kimia Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia dengan penyelarasan oleh Kelab KEMSAINS MOSTI telah melaksanakan Misi Pasca Banjir Skuad Ihsan MADANI MOSTI di Kampung Murni, Aulong, Taiping, Perak.
Misi ini melibatkan pengagihan sumbangan daripada YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kepada 31 buah rumah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
Pelaksanaan misi turut mendapat kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Tengah dan Ketua Kampung Murni, Aulong, Taiping.
Diharapkan usaha sukarelawan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan dan membantu mereka kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.




