31 Oktober 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang sains marin, bioteknologi, tenaga lestari serta pengkomersialan hasil penyelidikan berimpak tinggi antara MOSTI dan UMT.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan MOSTI dalam memperkukuh jaringan kolaborasi antara kementerian dan institusi pengajian tinggi bagi memperkasa ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.




