Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian Penutupan Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025

07 November 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Majlis Perasmian PenutupFestival Idea Putrajaya (FOI) dan Program Bicara Idea Negara yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Dewan Perdana, PICC.

Festival anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari 4 hingga 8 November bertemakan “MADANI: Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea” yang telah disempurnakan oleh KDYMM Raja Permaisuri Agong pada 6 November 2025.
Edisi kedua FOI ini meneruskan usaha menjadikan Putrajaya sebagai City of Ideas, platform nasional untuk merakyatkan idea dan memperkasa ekosistem pendidikan tinggi. Program turut diperluas ke 13 negeri sepanjang Oktober dengan sasaran dua juta pengunjung secara fizikal dan maya.
Antara pengisian utama ialah Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS), MyIDEAS Connect, Global Higher Education Summit & Showcase serta Advanced TVET & Entrepreneurship.
Festival FOI 2025 menzahirkan komitmen terhadap aspirasi Malaysia MADANI melalui budaya ilmu, kreativiti dan inovasi yang menghimpunkan pemikir, pelajar, penyelidik, industri dan masyarakat untuk membentuk masa depan pendidikan tinggi yang inklusif, lestari dan berdaya saing global.
Skip to content