Skip to main content
Berita

KSU MOSTI Kongsi Hala Tuju Inovasi Inklusif di WE2025

25 November 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyertai sesi dialog secara eksklusif sempena Persidangan Kepimpinan WE2025: Future in Motion.
Sesi eksklusif yang bertajuk “Breaking The Code: Innovation, Inclusion and The Next Digital Frontier”, YBhg. Datuk Seri KSU telah berkongsi bagaimana Malaysia memanfaatkan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum bagi memacu transformasi sosial negara.
Beliau juga turut menggariskan strategi MOSTI dalam mengimbangi kemajuan teknologi dengan keperluan inklusiviti sosial khususnya bagi memperluas akses peluang ekonomi digital kepada wanita dan belia.
Sesi dialog ini turut memberi fokus kepada dasar-dasar utama ke arah membina ekonomi yang tahan masa depan (future-proof) melalui penerapan teknologi yang adil, saksama dan berpaksikan pemerkasaan rakyat.
Sesi dialog ini juga menyentuh peranan ASEAN dalam memperkukuh daya saing ekonomi digital serantau serta memastikan manfaat inovasi dapat dikongsi secara menyeluruh sekali gus merapatkan jurang antara inovasi dan keterangkuman serta menonjolkan teknologi sebagai pemacu kemakmuran bersama.
Skip to content