Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) Bil. 4/2025

1 Disember 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) Bil. 4/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Mesyuarat ini turut disertai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian serta pelbagai ketua jabatan.

Platform JK-X merupakan mekanisme penting bagi memastikan setiap pelaburan kerajaan dalam program dan promosi luar negara memberikan pulangan optimum. Selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, beliau turut menyeru agar platform JK-X dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kementerian dan agensi bagi mencapai sasaran pertumbuhan negara yang mampan.
Skip to content