7 Disember 2025 -YBrs. Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), turut memeriahkan hari ketiga Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025.YBrs. Puan TKSU (T) melawat reruai MOSTI serta pameran STEM & AI, sambil beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir.Terdahulu, beliau turut menghadiri Majlis Penutupan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 bersama para peserta dan pengunjung.




