Skip to main content
Berita

Lawatan TKSUP ke Pusat Sains Negara

16 Januari 2026, Kuala Lumpur –  YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha(Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN).
Pada sesi tersebut, beliau turut menyampaikan amanat tahun baharu kepada lebih 100 warga PSN tentang hala tuju bagi tahun 2026.
Dalam amanat yang disampaikan, beliau menekankan tentang kepentingan integriti sebagai penjawat awam dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Pada masa sama, beliau mahu warga PSN lebih agresif dalam usaha untuk mempromosi pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat terutamanya di luar bandar.
Skip to content