10 Februari 2026, Putrajaya – Sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Februari Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI) yang akan berlangsung pada petang ini, pelbagai acara telah dianjurkan pada sebelah pagi bagi memeriahkan suasana serta sebagai persiapan bagi memastikan kelancaran majlis nanti.
Antara pengisian menarik yang berlangsung termasuk Pertandingan Kuiz Kahoot Tahun Baharu Cina, Kaligrafi Tahun Baharu “Integriti Sepanjang Hayat” dan pelbagai aktiviti interaktif yang mengukuhkan semangat kerjasama serta kebersamaan warga MOSTI.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya kerja yang harmoni, inklusif dan berprestasi tinggi dalam kalangan warga MOSTI.




