Skip to main content
Berita

Sesi Kunjungan Hormat Malaysia Board of Technologists (MBOT) ke atas KSU MOSTI

31 Mac 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Profesor Dato’ Ts. Ir. Dr. Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib, Presiden MBOT ke atas YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sesi perbincangan hari ini memfokuskan kepada hala tuju strategik Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dalam usaha memperkukuhkan peranan MBOT serta terus memartabatkan profesion teknologis dan juruteknik melalui pembangunan ekosistem yang lebih dinamik dan mampan.
Skip to content